Monday, August 17, 2009

ANALISIS NOVEL

NOVEL KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA
TINGKATAN 2


Sinopsis
Hassan bin Haji Osman lahir pada tahun 1927 di Kampung Batu 12 , Mantin, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan di sekolah pengajian pondok sehingga Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945. Pada zaman pemerintahan Jepun, Hassan berkahwin untuk mengelak daripada ditangkap Jepun menjadi buruh paksa. Isterinya bersama-sama ibu mertuanya telah dibunuh oleh kumpulan Bintang Tiga pada zaman Jepun.

Jepun menyerah kalah apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Tentera Berikat. Kumpulan Bintang Tiga mengganas dan membunuh mereka yang dianggap membantu Jepun. Hassan meninggalkan kampung untuk belajar ilmu mempertahankan diri di Melaka dan Batu Pahat. Kemudian, beliau menyertai Kor Rejimen Askar Melayu pada tahun 1946 di Port Dickson. Selepas itu, beliau ditempatkan di Taiping dan memburu pengganas komunis di Sungai Temenggor, di Hulu Perak.
Hassan telah dinaikkan pangkat Lans Koperal dan berpindah ke Mentakab, Pahang. Di sini, beliau berjaya menggempur perkhemahan pengganas di Sungai Kawang. Pada tahun 1951, Hassan dianugerahi Bintang Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 1952, beliau mendirikan rumah tangga. Kejayaan Hassan membunuh pengganas komunis semasa menjalankan tugas mendapat penghargaan daripada Ratu Elizabeth dengan pengurniaan Bintang Penghormataan Tentera dan Bintang Darjat Keberanian.

Pasukan komunis berusaha untuk menangkap Hassan dengan menghantar Ah Kiew @ Ah Moi untuk menggoda Hassan. Rancangan Ah Moi gagal, sebaliknya dia mempengaruhi rakan-rakannya menyerah diri kepada kerajaan. Semasa Kem Taiping mengadakan pementasan, Hassan telah menulis skrip drama tentang perjuangan perajurit menentang komunis. Skrip drama Hassan telah difilemkan oleh P.Ramlee berjudul “Sarjan Hassan”. Sarjan Hassan kemudian dinaikkan pangkat menjadi Leftenan dan berpindah ke Mentakab, Pahang pada tahun 1957.
Semasa di Mentakab, Pahang, kumpulannya berjaya menggempur kumpulan ketua penggnaskomunis yang mengadakan mensyuarat di Ladang Getah Waterfall. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan. Banyak kawasan telah diisytiharkan Kawasan Putih. Hassan telah berpindah ke Kem Jalan Ipoh. Semasa bertugas di sini, Hassan telah melaporkan kisah pegawai kanan pasukan yang membuat maksiat. Pegawai berkenan dikenakan tindakan disiplin. Pada tahun 1961, Hassan gagal ujian kenaikan pangkat. Akibat kegagalan itu, perkhidmatan Hassan ditamatkan dan beliau pulang ke kampung tanpa mendapat bulana pencen.

Hassan membuat rayuan kepada Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein . beliau dipanggil untuk berkhidmatan dengan Askar Wataniah di Kem Rasah, ,Rasah, Negeri Sembilan. Pada tahun 1967, Kapten Hassan bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia. Hassan menjalankan perniagaan di Hentian Puduraya, dan meninggal dunia pada tahun 1991 di Hospital Besar Seremban.

Tema dan persoalan

Novel ini bertemakan keberanian dan semangat patriotism seorang anggota tentera semasa berkhidmat dengan pasukan tentera. Hassan menyertai pasukan tentera setelah melihat kekejaman Jepun dan komunis. Dengan semangat dan penuh keberanian beliau telah menggempur tempat perkhemahan komunis. Sepanjang perkhidmata, beliau telah membunuh 11 orang komunis. Selepas merdeka, dia telah diberhentikan kerana gagal ujian. Namun, semangat untuk menyertai pasukan tentera terus membara lalu diterima menganggotai Pasukan Askar Wataniah.
Sikap masyarakat tempatan yang tidak bersatu menentang penjajah. Semasa penjajahan Jepun, banyak kumpulan ditubuhkan untuk menentang Jepun. Namun, terdapat masyarakat Melayu yang enggan menyertai pertubuhan itu, sebaliknya bermuka-muka dengan Jepun. Hassan terpaksa berkahwin untuk mengelak diri daripada diambil oleh Jepun bagi dihantar ke sempadan Thailand - Myanmar . Selain itu, sikap membalas dendam dalam sesuatu organinasi. Keputusan Hassan diberhentikan dan tiada peluang untuk merayu dibuat oleh pegawai yang dendam terhadap Hassan. Hassan pernah mengadu tindakan pegawai itu melakukan maksiat kepada pegawai atasan. Tambahan itu, pengorbanan anggota pasukan keselamatan tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan. Walaupun Hassan telah menjalankan tugas dengan cemerlang, tetapi beliau tidak mendapat pencen bulanan. Selain daripada itu, sikap penduduk yang tidak bersatu dalam kalangan penduduk berbilang kaum. Pada zaman penjajahan Jepun masyarakat Melayu, India, dan Cina di Tanah Melayu tidak bersatu padu. Hal ini memberi peluang Inggeris datang ke Tanah Melayu dan meneruskan penjajahannya.

Watak dan perwatakan
Kapten Hassan : Nama penuhnya Hassan bin Haji Osman. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau anak ketiga daripada lima orang adik-beradik bagi pasangan Haji Osman dan Puan Zainab. Hassan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu sehingga darjah lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun. Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi, dan kuat beribadah. Disiplin dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalanya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten. Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarah drama pentasyang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat keberanian NM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara, dan pingat Seri Mahkota Selangor. Hassan meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana sakit jantung.

Penghulu Ismail : Beliau merupakan datuk Hassan sebelah ibunya, yang telah memelihara Hassan di Mukim Pantai. Penghulu Ismail diiktiraf sebagai Pentadbiran Mukim Pantai dan sangat disenangi dan dihormati oleh orang-orang kampung. Beliau pernah ditangkap secara kasar dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga yang cuba mengambil alih kuasa. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan tanpa syarat oleh Bintang Tiga yang ketakutan setelah berlaku beberapa kejadian aneh.

Hajah Siti Amai : Beliau adalah ibu mentua Hassan, yakni ibu kepada isteri pertama Hassan, Siti Zabedah. Hajah Siti Amai agak berada orangnya, mempunyai simpanan mata wang pound British, mengusahakan kebun, serta memelihara lembu dan kerbau. Beliau akhirnya mati dibunuh dengan kejamnya oleh Bintang Tiga kerana enggan menyerahkan wang hasil jualan lembu dan kerbau,wang simpanan , serta barang kemasnya kepada mereka.

Ah Kiew: Dia pengganas komunis yang cantikyang dikenal sebagai Ah Moi. Dia arahkan supaya berpura-pura menyerah diri di Kem Tapah, yakni kem tempat Hassan bertugas ketika itu. Tugas pertamanya ialah menggoda Hassan supaya Hassan terjebak dalam maksiat. Tujuannya supaya ilmu kebatinan yang dimiliki dan diamalkan oleh Hassan tercemar dan tidak dapat digunakan. Hal ini bagi memudahkan pihak komunis menghapuskan Hassan kelak. Walau bagaimanapun Ah Kiew pula termakan pujukan Hassan supaya kembali ke pangkuan masyarakat dan meninggalkan perjuagan komunis yang sia-sia. Malah, sesudah Ah Kiew sedar dan berubah, dia telah berjaya memujuk 27 orang pengganas komunis yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak supaya menyerah. Tidak beberapa lama kemudian, Ah Kiew berkahwin dengan pemuda pilihannya dan dia telah mengundang Hassan ke majlis perkahwinannya.

Tuk Janggut: Dia Ketua Komunis di Perak yang berbangsa Melayu. Dia dikatakan memiliki ilmu kebal dan dapat menghilangkan diri sekelip mata. Kononnya, oleh sebab itulah dia amat digeruni oleh anggota tentera yang beroperasi di dalam hutan. Setelah cabar-mencabar, Tuk Janggut melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Hassan tetapi anehnya tidak berkesan kepada Hassan. Selepas itu, Hassan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Tuk Janggut pula. Tembakan Hassan tidak berkesan juga kepada Tuk Janggut yang kemudiannya menghilangkan diri sekelip mata.

Mejar : Dia pegawai kanan Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, iaitu tempat Hassan bertugas ketika menyandang pagkat Leftenan. Dia telah melanggar disiplin dan peraturan di kem yang melarang anggota tentera membawa wanita yang bukan mahram ke dalam kem. Kejadian sumbang itu dilaporkan oleh Leftenan Hassan kepada pegawai pemerintahan batalion berkenaan sehingga mejar tersebut dikenakan tindakan tata tertib. Sebagai akibatnya, dia memandang serong terhadap Hassan. Ketika mejar tersebut menjadi kompeni dan Hassan menjadi ketua platun tempur dalam kompeni berkenaan, berlaku pergeseran peribadi antara mereka. Dia tetap mengarahkan Hassan mengetuai pasukan untuk gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa pesawat yang terhempas di kawasan Bukit Tinggi ,Pahang, meskipun mengetahui bahawa Hassan akan menduduki ujian kenaikan pangkat tak lama lagi. Dia jugalah bertanggungjawab menolak rayuan Hassan untuk terus berkhidmat dalam angkatan tentera apabila perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa mengambil kira sumbangan cemerlang Hassan kepada bangsa dan Negara.

Plot
Plot novel ini dijalin menurut kronologi.
•Permulaan: Penceritaan dimulakan dengan kelahiran Hassan sehinggalah dia membesar dan belajar di Sekolah Pondok Kampunag Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, sewaktu pendudukan Jepun pada Disember 1941, pengajian Hassan terhenti dan dia pulang ke kampung.

•Perkembangan: Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan Pinang, Port Dickson. Selepas itu, Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang. Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang. Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.

•Klimaks: Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan Waterfall Estet. Dalam gerakan tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos 1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak. Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan Askar Wataniah.

•Peleraian: Kapten Hassan diarahkan bertugas di beberapa tempat semsa berlaku konfrontasi dengan Kerajaan Republik Indonesia. Setelah konfrontasi tamat pada bulan Ogos 1966, Kapten Hassan mengambil keputusan untuk bersara pada 30 September 1967. Selepas bersara, beliau menceburi bidang perniagaan dan aktif dalam politik. Pada 30 April 1991, pukul 4.30 pagi, Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Seremban kerana sakit lemah jantung.

Gaya bahasa

•Bahasa Jepun : kabotai, aiho dan oabang
•Bahasa Inggeris : Force 136, Home Guard, stengun, retraining, Quarter Master, Browning dan Military Medal
•Bahasa Arab : roh,Allahyarham, rahmat, arwah dan Magribi
•Simplan bahasa : kawasan putih, iri hati, dan air muka
•Personafikasi : bayang maut datang menerjah dari segenap penjuru
•Simile :ibarat gugurnya kuntum-kuntum melati yang mengharumkan nama nusa dan bangsa dan pucat bagaikan mayat.
•Metafora : debu derita dan Hujan tembakan

Nilai dan pengajaran
Kasih sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu, Hassan seorang yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu. Penghulu Ismail pula berniaga beraspada zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat pegawai kanannya. Dia bertanggungjawab untuk membaiki keadaan tersebut.

Kita hendaklah bijak merancang kehidupan. Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand. Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai dianggap kaya kerana rajin mengusahakan tanah dan menternak, disamping menyimpan wang pound. Kita haruslah mematuhi perintah agama. Hassan berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi. Tambahan lagi, kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Orang kampung tidak berani membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu. Kita jugalah haruslah mengenang jasa dan keberanian perajurit. Hassan mendapat pingat daripada Ratu Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.

Latar
Latar tempat
Ada banyak tempat yang penting dan kurang penting yang menjadi latar tempat dalam novel ini. Antara latar tempat yang penting dalam novel ini termasuklah seperti berikut:
•Mukim Pantai. Di sinilah Hassan dibesarkan oleh datuknya, Penghulu Ismail dan dikahwinkan dengan isteri pertamanya. Di sinilah peristiwa kejam yang menyayat hati, yakni pembunuhan isteri Hassan, ibu mertuanya, nenek mertuanya, dan anak buah isterinya berlaku. Di sinilah juga, datuk Hassan ditangkap dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga. Kesan daripada peristiwa yang berlaku itu, semangat juang Hassan untuk menuntut keadilan dan menentang komunis membenih dan membara.

•Kem Tapah. Di sinilah Hassan cuba digoda oleh Ah Moi, pengganas komunis wanita yang berpura-pura menyerah diri. Sebaliknya, Ah Moi pula tewas oleh pujukan Hassan sehingga 27 rakan seperjuangan Ah Moi yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak turut menyerah diri kepada pasukan keselamatan.
• Ladang Getah Waterfall. Di sinilah Hassan mengetuai pasukannya yang menyiasat dan mengagalkan percubaan komunis untuk menghalang sambutan kemerdekaan Tanah Melayu.
• Kem Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Di sinilah berlakunya pergeseran peribadi antara Leftenan Hassan dengan ketua kompeninya yang berpangkat mejar. Di sinilah perkhidmatan Hassan dalam angkatan tentera ditamatkan setelah dia gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Rayuan Hassan supaya perkhidmatannya disambung semula ditolak oleh mejar berkenaan tanpa mengambil kira perkhidmatan cemerlang Hassan sepanjang kerjayanya.
• Hospital Besar Ipoh. Di sinilah tempat Hassan dimasukkan ke unit rawatan rapi sebagai akibat serangan sakit jantung dan kemudian menghembus nafasnya yang terakhir. Usianya ketika itu 64 tahun.

Latar masa
Latar masa novel ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Larat masa ini dibahagi-bahagikan seperti yang berikut :
• Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah ringkas peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas tentang keluarganya, dan kisah Hassan mendapat pendidikan agmanya di Sekolah Pengajian Pondok. Pengajian Hassan terhenti apabila kedatangan Jepun.
• Zaman Pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapat keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis.
• Zaman Konfrotasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askar Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan sacara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia, dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan apabila bersara, Hassan mengusahakan perniagaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.

Latar masyarakat
Latar masyarakat pada dalam novel ini pada umumnya terbahagi kepada yang berikut:
• Orang-orang kampung. Yakni kebanyakannya orang Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman, terutamanya pada peringkat awal dalam novel ini. Orang-orang kampung ini kebanyakannya bertani dan hidup dalam keadaan setba sukar, baik semasa Jepun mahupun semasa Bintang Tiga bermaharajalela. Sikap pasif dan sabar orang-orang kampung terhadap kekejaman Bintang Tiga berubah dengan penahanan dan penanglapan Penghulu Ismail. Mereka berpegang teguh kepada ajaran agama juga.
• Anggota pasukan keselamatan. Yakni pasukan tentera yang berkhidmat di bawah panji Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah, di samping pasukan polis hutan. Mereka ini kebanyakan terdiri daripada bangsa Melayu yang menjawat pelbagai pangkat tinggi dan rendah, kecuali pada zaman Inggeris yang kebanyakkannya pegawai tiingginya terdiri daripada bangsa Inggeris. Kesemua anggota pasukan keselamatan ini berjuang dengan penuh semangat dan berdedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara, khususnya daripada ancaman dalam negeri, yakni pengganas komunis dan ancaman negeri, misalnya sewaktu zaman konfrontasi.
• Kumpulan pengganas komunis. Yang sebahagian besarnya berbangsa Cina tetapi turut disertai bangsa Melayu. Mereka pada asalnya mengangkat senjata untuk menentang pendudukan Jepun telah turut menentang Inggeris dan kerajaan yang dipilih rakyat.Mereka bersikap kejam dengan sewenang-wenang terhadap rakyat dan sennatiasa manggugat keamanan Negara. Namun demikian, perjuangan sia- sia mereka dari dalam hutan berakhir juga dengan persetujuan mereka untuk meletakkan senjata.

Wednesday, August 12, 2009

SELAMAT DATANG


Salam perkenalan buat pengunjung laman bahasa maya ini. Semoga laman ini menjadi wadah yang berkesan dalam membantu para pelajar terutamanya dalam mendapat info penting yang berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu.

Guru-guru Subjek Bahasa Melayu MRSM Gerik

1. Pn.Masyura bt. Fadzil
2. Pn. Faridah bt. Ismail
3. Pn. Hairul Razimah bt Md Dalis
4. Cik Anita Safura bt. Mohd Khushairi
5. Pn. Masneh bt. Mohd Yassin

Koleksi Ayat Gramatis


AYAT GRAMATIS 1
1) Frasa bagi menggambarkan kegembiraan
hatiku terlonjak keriangan
bibirnya mengukirkan senyuman
deraian ketawa memecahkan kesunyian
menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih
wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai

2)Frasa bagi menggambarkan kesedihan
hatiku sebak menahan kepiluan
deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu
airmata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar
duka yang terlara
hatiku remuk-redam menanggung kekecewaan
hatiku hancur-luluh bak kaca yang terhempas di lantai

3)Frasa bagi menggambarkan ketakutan
peluh sejuk mengalir di tubuhku
aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa
tubuh menggigil, menggeletar ketakutan
darah berderau
mata terbeliak, terperanjat

4)Frasa bagi mewujudkan unsur suspens
lembaga hitam berlalu pergi sepantas kilat di hadapan
derapan tapak kaki kedengaran
burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta
anjing menyalak pada malam bulan yang sedang mengambang
daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin kencang
angin bersiulan di luar pintu
awan hitam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya
kita perlu mengorak langkah
kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
manifestasi kesanggupan bangsa
manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
masalah sosial dan susila yang meruncing
masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
melangkah dengan seribu kekuatan
melontarkan soalan yang cukup penting
melupakan cita-cita yang lebih luhur
membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
membetulkan ketidaktepatan fakta
membimbing mereka memenuhi impian
membina impian masa depan yang lebih gemilang
membongkar kepincangan
membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
mempengaruhi minda generasi muda
mempertahankan perasaan saling bersefahaman
mempertingkat dan memperteguh kefahaman
mempraktikkan elemen tolak ansur
memudaratkan kesejahteraan rakyat
menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
menampilkan wajah baru yang disulami tekad
menangkis tuduhan yang tidak berasas
mencapai tahap yang mencemaskan
mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
mendapat perhatian dan liputan media massa
mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

AYAT GRAMATIS 2
-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

AYAT GRAMATIS 3
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

Frasa Yang Menarik

Frasa Yang Menarik 1

-hidup di luar kemampuan
-mengundang pelbagai masalah/persoalan
-agensi penguat kuasa
-mencemarkan imej
-amalAn tidak sihat
-berperanan lebih proaktif
-perhatian dan pemantauan
-budaya dan amalan harian
-menyuntik semangat
-wadah berkesan untuk mendidik
-menggembleng tenaga dan sumber
-pengisian jiwa dan minda
-menjadi benteng tenaga dalam memerangi
-platform
-pembentukan insan
-ketulusan dan keazaman
-petanda jelas
-meracuni masa dpn
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-pendidikan dan pembangunan moral
-merangsang tenaga intelektual
-usaha membina tamadun bangsa
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-meningkatkan kesedaran masyarakat
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-zaman muasir ini (sekarang)
-hamba teknologi
-deduksi - kesimpulan
-sayembara - peraduan
-propaganda - ideologi - pendapat yang mempengaruhi
-norma - ketentuan - peraturan
-ekstermis - orang yang bersikap melampaui batas
-gembleng - memadu (tenaga)
-interim - bersifat sementara
-dunia tanpa sempadan
-fitrah prodeo : flora dan fauna
-kemaslahatan : kebaikan
-melestarikan - mengekalkan
-gedung ilmu, sekolah teratak ilmu
-cabaran masa depan yang kian rencam
-Sesungguhnya, menangis ketika berundur adalah lebih baik daripada merintih selepas melangkah
-Zaman bertukar, musim berganti....
-Remaja bukan sahaja permata dalam rumah tangga dan generasi harapan masa depan keluarga malah merupakan -pewaris kegemilangan negara
-Impaknya, bayangkan keadaan di negara kita yang mencapai tahap jenayah/penagihan dadah sifar!
-Diharapkan biarlah aspek pendidikan itu tunjangnya dipaterikan dengan agama.
-mengadu domba : melaga2kan
-wahana : saluran
-anjakan paradigma : peralihan drpd 1 lingkungan kpd sst yg br (fikiran)
-visi kudsi : visi suci
-anak watan pewaris bangsa : remaja

Frasa Yang Menarik 2

1. bermaharajarela berleluasa
2. konflik jiwa pergolakan jiwa
3. menopang dagu termenung
4. tonggak asas/dasar
5. aset sesuatu yang bernilai
6. menuding jari menyalahkan orang lain
7. seantero seluruh
8. malapetaka bencana/ bala
9. keserakahan kerakusan, ketamakan
10. konklik kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan menjadikan kenyataan
12. vandalisme merosakkan harta benda
13. lumrah kebiasaan
14. duniawi hal-hal dunia
15. ketandusan tidak ada
16. disisihkan dipinggirkan
17. kritikal serius
18. sanubari jiwa
19. akar umbi punca
20. meranapkan menghancurkan
21. kesedaran sivik kesedaran tentang tanggungjawab
22. perdana utama
23. materialistik kebendaan
24. membendung mengawal
25. realiti hakikat
26. berjat* kawan
27. pancarobah keadaan yang kacau
28. mengheret mebawa kepada
29. seyogia* harus, patut
30. merunsingkan merisaukan
31. kepupusan kehilangan
32. khazanah harta benda
33. global dunia seluruhnya
34. pusaka sesuatu yang diwarisi turun-temurun
35. warisan harta pusaka
36. prihatin peka
37. demonstrasi menunjukkan
38. gemuruh hebat
39. serampang dua mata melakukan dua kerja serentak
40. terjebak terlibat
41. arkib tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil mencari- to dig out
43. iltizam harapan tinggi
44. silaturahim persaudaraan
45. motivasi semangat tinggi
46. menyarankan mencadangkan
47. era zaman
48. sistematik teratur, mengikut peraturan
49. intensif giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan membanggakan
51. menimba mendapat
52. rentetan ekoran
53. tersadai tidak bergerak
54. peras ugut ancaman, paksaan
55. dif tetamu
56. sahsiah keperibadian
57. komitmen kesungguhan
58. perpestif tanggapan
59. julung-julung kali pertama
60. nadi penggerak
61. mengikis membuang
62. kegawetan* kejatuhan
63. tampil keluar
64. syabas tahniah
65. kewibawaan keupayaan
66. muafakat kerjasama
67. terpikul tertanggung
68. teladan contoh
69. mengubah menukar
70. dinafikan disangka
71. menyeru meminta
72. ditakrifkan didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir* terkini
74. fasilitator pemudah cara
75. fleksible mudah diubahsuai
76. kebejatan kejatuhan
77. persada gelangang
78. boikot dipulaukan
79. manfaat faedah
80. total menyeluruh
81. senggang santai, tidak sibuk
82. bergelandang berperlesetan
83. maslahat faedah
84. norma adat
85. tersohor terkenal
86. kutsi suci
87. diuar-uarkan dicanangkan
88. dana modal
89. menerajui memimpin, mengetuai
90. imej penampilan
91. emansipasi hak kebebasan
92. merenoatkan mengagalkan
93. dimonopoli dikuasai
94. kolot kuno
95. profesion kerjaya
96. infomasi penerangan
97. intergrasi perpaduan
98. aspirasi cita-cita, keinginan
99. memudaratkan memburukkan
100. dinamis berdaya saing
101. progresif sihat dan cemerlang
102. drastik cepat
103. perisai pertahanan
104. diagnosis mengenalpasti
105. permantauan pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto pendirian
107. waswas tidak yakin
108. natijahnya kesannya
109. mencerminkan melambangkan
110. jenama jenis barang
111. pornografi bahan-bahan lucah
112. diiktiraf diakui
113. obligasi semangat
114. impak kesan
115. tuntasnya keseluruhannya
116. akur bersetuju
117. efektif berkesan
118. konvensional ceramah
119. panji bendera
120. individualistik mementingkan diri sendiri
121. manipulasi tindakan
122. musibah bencana
123. lewa tidak sepenuh hati
124. prosedur peraturan
125. inisiatif daya usaha
126. anasir gejala
127. penggemblengan penyatuan
128. transisi perantaraan
129. kaliber berkeupayaan
130. darsawarsa satu dekad
131. insentif imbuhan, ganjaran

Frasa Yang Menarik 3


1.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3.Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5.Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7.Alaf baharu - Masa terkini
8.Mutakhir ini - Pada masa kini
9.Seantero dunia - Seluruh dunia
10.Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15.Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16.Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18.Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20.Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23.Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa
25.Landasan berfikir - Cara berfikir
26.Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27.Mengaibkan diri - Memalukan diri
28.Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30.Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31.Bacul - Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan - Cabaran hidup
33.Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34.Berkongkalikung - Bersepakat
35.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36.Praja - Kota / negeri
37.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38.pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39.Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40.Nawaitu diri - Keinginan diri
41.Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42.privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43.Portfolio menteri - Tugas menteri
44.Pentas siasah - Dunia politik
45.Polemik - Bahas / debat / konflik
46.Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47.Linglung - Hilang ingatan
48.Falah - Kejayaan / kemenangan
49.interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Tuesday, August 11, 2009

Punca-punca Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja

PANDANGAN PAKAR

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM mengupas permasalahan gejala sosial dalam kalangan remaja ini dengan lebih lanjut.


Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.

“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.

Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”

Dahagakan Keseronokan

“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.


Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”

Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”

“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”

“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.

“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.

“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.

Nasihat Untuk Remaja

“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara.